Tuesday 17 February 2015

Jemput-jemput sate kebab




Petang-petang sedap kalau lepak kat luar rumah sambil perhatikan cik abang bersihkan rumput di halaman kan? Akak suka bagi upah makan. hehehe...

Kegemaran suami akak, jemput-jemput sate kebab. Dia kata jemput-jemput sate kebab yang akak buat dia tak jumpa kat tempat lain. Hilang rasa penat.

Gembira hati akak bila suami puji,

Kalau adik nak buat untuk suami, boleh cuba resepi akak ni.

Bahan A:

  1. Sate Kebab - grill sebentar
  2. Bawang Merah
  3. Cili Api @ Kalau nak extra pedas


Bahan B:

  1. Tepung
  2. Garam
  3. Lada Sulah
  4. Serbuk Bawang Putih

Cara-caranya:

  1. Semua Bahan A diblender halus
  2. Semua Bahan B digaul sebati di dalam besen/mangkuk besar
  3. Campurkan bahan A & B.
  4. Tambah air sedikit demi sedikit sehingga cukup sesuai untuk dijemput
  5. Sediakan air dalam mangkuk, jemput tepung menggunakan tangan yang basah (celup dalam mangkuk berisi air)
  6. Goreng dengan minyak yang mewah.
Selamat mencuba

Kredit resepi dari Akmal Official blog.

No comments:

Post a Comment